SELAMAT DATANG`

bersembang santai untuk berkongsi cerita tentang apa-apa saja bersama saya

Khamis, 19 Ogos 2010

Catatan seorang guru...

guru dan murid..


Puasa baru seminggu lebih, tapi murid-murid di sekolah sudah ada yang mula operasi mereka buat huru hara di sekolah. Apa lagi kalau tidak bermain mercun di dalam kawasan sekolah. Sudah dua hari berturut-turut bunyi letupan kuat memeranjatkan saya yang berada di dalam kelas...geram rasanya..nak mengejar mereka, tak saya tahu siapa murid itu...tetapi biasalah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...respek lah kepada Pn. Kartini Wati Jamal yang berjaya tangkap murid-murid yang terlibat...memang Pn. kartini  layak jadi Ketua Guru Disiplin..tak boleh disangkal lagi!
Gambar Hiasan
Saya teringat, semalam ada ibu seorang murid melenting sebab anaknya dijatuhkan hukuman gantung sekolah atas kesalahan membawa mercun ke sekolah (memang kesalahan besar tu..walaupun tidak disengajakan-katanya)...marahlah si ibu mengatakan cikgu ni saja nak menyusahkan anaknya, walhal kalau murid tidak menyusahkan cikgu, tentu cikgu pun takkan menyusahkan murid...
Lantas saya terfikir...tahukah ibu bapa bahawa tugas utama guru adalah mengajarkan mata pelajaran kepada murid-murid, guru tidak dibayar gaji @ elaun tambahan untuk menguruskan hal ehwal yang tidak berkaitan dengan tugas utamanya itu..Tetapi guru menjalankan tugas-tugas tambahan atas dasar tanggungjawab..untuk mendidik bukan mengajar semata-mata. Malangnya segelintir ibu bapa menyalahertikan tugas guru...misalnya guru disiplin, selalu menjadi mangsa kemarahan ibu bapa apabila anak mereka dihukum..(pastinya kerana anak mereka melakukan kesalahan). Maka terzahirlah kata-kata seperti..."mengapa cikgu asyik nak menyusahkan saya? Saya tak ada masa nak datang ke sekolah" atau..."Itu kan tugas cikgu, jaga anak saya di sekolah" atau..." cikgu ni asyik cari salah anak saya saja..orang lain tak buat salah ke?" dan macam-macam lagi....
Sejak saya duduk di dalam bilik disiplin, macam-macam karenah ibu bapa yang saya jumpa, kadang-kadang malas rasanya nak duduk di situ, tetapi mengenangkan itu amanat dan tanggungjawab yang diberi...saya redha dan cuba ikhlaskan hati...Saya sedar tanggungjawab mengajar lebih ringan berbanding mendidik...memang tugas mendidik itu penuh cabaran dan memrlukan kesabaran. Doa saya semoga Allah sentiasa memberikan saya kekuatan untuk terus mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan bimbingan...Aminnnn
murid-murid yang tidak bermasalah..

Nasi Goreng Planta

Seminggu berpuasa, selalunya menu berbuka ikut selera anak dan suami...kami jarang berbuka makan nasi..dua hari lepas putera minta nasi goreng untuk buka...saya pun puas fikir nasi goreng apa yang best akhirnya...siaplah Nasi Goreng Planta, resepi yang dah diubahsuai ikut selera sendiri..nampaknya anak2 dan suami suka...Ini resepi...kalau ada yang berminat nak cuba..hehehe

Bahan-bahan
nasi sejuk
bawang merah(tumbuk lumat)
bawang putih(tumbuk lumat)
cili api-kalau nak pedas lebihkan (tumbuk lumat)
ikan bilis(tumbuk lumat)
kacang panjang, lobak merah (potong dadu)
ayam/udang/daging -ikut suka la..sosej pun boleh gak masuk
sedikit planta
garam

cara-caranya
1. cairkan planta..tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga garing.Jangan lupa bubuh garam sekali ye..
2. masukkan ayam/udang/daging...biarkan hingga masak.
3. masukkan pulak sayur2 tu..masukkan nasi sekali..kacau hingga rata bahan-bahannya...hidangkan..

Nasi Goreng Planta
senang je kan...selamat mencuba!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Cuti-cuti Malaysia 2010

 Seminggu selepas majlis perkahwinan adikku di Kluang, majlis di sebelah lelaki pula diadakan di Pekan, Pahang. Aku dan hubby pun ambil kesempatan untuk bawa anak2 bercuti.dah lama rasanya tak bercuti-cuti Malaysia. So aku pun booking la bilik...Oleh sebab masa tu cuti sekolah so rate semua mahal..tapi cari punya cari akhirnya aku pun book la Lis Na Ree Beach Resort, dekat ngan Pantai Cherating..rate pun ok..RM95 semalam, bilik biasa2 je..selesalah..ada TV, aircond, water heater...yg paling best utnuk anak2, ada swimming pool!
pemandangan waktu pagi di sg.ular
Sehari sebelum majlis di Pekan, kami bertolak ke Kuantan, malam tu tidur kat umah abang yazid punya kakak ipar, Pn. Jasimah...yang baru berpindah rumah..wah terpesona betul ngan view kt situ...Taman Sg. Ular Jaya, rumah betul2 depan pantai...
Pemandangan waktu pagi cantik betul..menikmati suasana ketika mentari mula menjengahkan wajahnya..tenang sekali. Hingga kin masih boleh dibayangkan saat itu walaupun dah lebih dua bulan berlalu.
mandi laut
Hari ahad 13 jun tu majlis di Pekan, pada masa sama, Pn. Jasimah buat majlis kesyukuran masuk rumah baru dan akikah puteri barunya, Rosvanidah...seusai majlis dan selepas semua rombongan dari Kluang berangkat pulang, aku dan family pun check in di Lis Na Ree...lepak betul malam tu. Esokknya gi ronda2 kt bandar kuantan kejap. Petangnya kami bawa anak2 mandi laut..tapi Mukhlisin takut mandi laut rupanya...
Tapi bila mandi pool, happy gila...so lain kali pergi mandi pool je la..and make sure next time kena la cari resort @ hotel kena yang ada pool.
penyu
mandi kolam...
Hari akhir di Cherating, kami g ke Santuari Penyu..best juga..Putera dan Mukhlisin seronok betul dapat tengok penyu..real tau..so siapa-siapa tak pernah tengok penyu hidup, pergilah ke Santuari Penyu di Cherating..masuk free, cuma boleh la derma sikit untuk menyokong pembiakan penyu ni...Lepas tengok penyu kami terus ke Kemaman, dah janji ngan Rohaizan nak gi umah kawan lama kami..ani  & ayed... Petangnya kami terus balik ke Bangi...
Santuari Penyu
Lis Na Ree

Khamis, 12 Ogos 2010

My sister's wedding

5 jun 2010 yang lalu, adikku melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya...dah lama sangat rumah bondaku tak ada majlis kenduri besar..so seronok sangat masa tu. Majlis taklah besar sangat, maklumla budjet kecik, tp tetap meriah. Masa2 macam ni lah dapat jumpa sedara mara yang jrg ditemui..esp yg dok jauh tu. Letih tu usah la cerita...yelah, kalau boleh nak majlis tu xde cacat cela...Sehari sebelum majlis aku cuti rehat khas, byk persiapan perlu dibuat. Malam ada majlis khatam al-quran.
majlis akad nikah pagi, tp aku ngan adik iparku dila sibuk menyiapkan hidangan untuk makan beradab...pehh kelam kabut gak la..dah tu, si kecil Lutfiy asyik meragam...(terima kasih kat hubby ku yg jaga lutfiy..dok dalam kereta berjam2 lamanye..) Apa2 pun semua settle by the time..Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang membantu..makcik2 dan juga sepupu2...
Majlis persandingan pun smooth je...cantik gak adikku masa jadi raja sehari tu..(walaupun mukanye tetiba je bermasalah...heheh...) berjayalah mak andam tu me"make-over" wajahnya... Majlis berakhir lewat petang...terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini..lepas ni tak tau bila lagi akan ada majlis kenduri kahwin kt umah bondaku....

Ramadan datang lagi

Alhamdulillah..hari ni hari kedua  umat islam berpuasa. Sebagai ibu, gembira rasa apabila anak-anak yang masih. kecil turut berpuasa. Azam tahun ini nak berjimat dalam bulan mulia ni...kurangkan membeli di pasar ramadan.Semoga Allah memberikan saya kekuatan. Kerja memasak ni bukanlah susah sangat. Cuma kadang-kadang apabila si kecil meragam...susahlah sikit. Tapi terima kasih kepada suami dan anak sulungku yang selalu membantu mengelolakan Lutfiy. Semoga ramadan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Salam Perkenalan

Salam...saya seorang wanita biasa, punya suami dan tiga orang cahaya mata, semuanya Putera...Laman ini sekadar untuk dijadikan tempat untuk mencurahkan idea dan apa jua yang patut dibicarakan secara terbuka..